03 May 2011

Bicara Tentang Cinta

I Love U... I Miss U... Aku Cinta Padamu... Inilah sebahagian daripada ungkapan asmara yang sering dituturkan mereka yang sedang 'mabuk cinta'. CINTA, ia memang mudah diucap, tetapi adakah kita semua jelas dan memahami akan makna disebaliknya? Saya percaya, tentu ramai yang ragu-ragu serta berteka-teki dalam permasalahan untuk membabitkan diri dalam perkara ini.

Cinta sebenarnya adalah 'MAHABBAH' yang bermaksud perasaan kasih sayang yang sukar diterjemahkan. Cinta merupakan satu gelodak rasa dan emosi yang lahir daripada hati nurani yang luhur dan suci. Tidak boleh dipaksa serta dibeli dengan wang ringgit.

Seperti lagu Aris Ariwatan 'Cinta Tak Kenal Siapa' dan lagu nyanyian kumpulan Budak Kaca Mata 'Cinta Tak Perlu Dipaksa'.

Berbalik kepada 'MAHABBAH' tadi, secara khusus ia adalah suatu kecintaan padu yang sepatutnya hanya tertumpu untuk ALLAH SWT. Dalam tasawuf, 'MAHABBAH' bererti patuh kepada ALLAH dan membenci perbuatan yang menyalahi perintahNya.

Tentang cinta-mencintai ini, ALLAH berfirman dalam Al-Quran:-
"... ALLAH akan mendatangkan suatu kaum yang ALLAH cintai mereka dan mereka pun mencintaiNya..." Surah Al-Maidah, ayat 54
" Jika kamu benar-benar mencintai ALLAH, ikutilah Aku, nescaya ALLAH mengasihi dan mengampuni dosamu..." Surah Al-Imran, ayat 31.

Ternyata, walau macamana sekalipun, cinta terhadap ALLAH sepatutnya didahulukan. Ini kerana, apabila kita mengetahui hakikat ketuhanan yang sebenarnya, InsyaAllah kita dapat membezakan yang mana intan dan yang mana kaca. Falsafah ada menyatakan, 'Cintai diri sendiri, sebelum memberi cinta pada org lain'

Tentu anda pernah mendengar nama Rabi'atul Adawiyah, seorang wali wanita yang hidup antara tahun 95 - 185 hijrah. Cinta Rabi'atul padaNya merupakan cinta suci, murni dan sempurna menyebabkan beliau korbankan hidupnya semata-mata untuk beribadat kepada ALLAH SWT.

Saudara dan saudari, apakah definisi cinta pada pandangan anda? Adakah bercumbu-cumbuan dan berpeluk-pelukan di khalayak tandanya cinta? Atau adakah dengan ucapan romantis serta berpegangan tangan akan terasa nikmatnya cinta mahupun sebagai bukti kasih sayang yang kononnya cinta suci???

Jelas suatu pendustaan sekiranya seorang lelaki berkata dia benar-benar mencintai seorang perempuan sedangkan pada masa yang sama mencemarkan maruah, kesucian dan iman temannya. Diakah yang diharapkan menjadi teman melayari bahtera kehidupan untuk sama-sama mendarat di pulau impian?
Lelaki yang benar-benar mencintai pasangannya tidak akan mencemarkan kekasihnya walau sekadar bersentuhan sebagai bukti cinta. AWAS!!! Semua perlakuan itu adalah hasutan nafsu godaan SYAITAN...

Secara jujur, seorg lelaki yang sememangnya jatuh cinta terhadap seorang perempuan yang diminatinya akan menunjukkan sikap, sifat serta penampilan yang meyakinkan insan yang dicintainya. Tetapi, berhati-hatilah kerana sesetengah daripada sikap yang penuh sopan santun itu, kekadang penuh pula dengan kepura-puraan dan hipokrasi.

INGATLAH!!! Cinta yang murni bukanlah cinta sang monyet, cinta yang melompat-lompat dan begitu rapuh... Ia juga bukan seperti cinta antara 'Romeo dan Juliet', mahupun cinta 'Laila dan Majnun'. Tetapi, nikmat cinta itu lahir seperti cintanya Rasulullah dengan Khadijah, Aisyah, serta Saidina Ali dengan Fatimah.

Janganah terlalu terburu-buru merebut cinta murahan yang berkeliaran kerana ia bakal menjadi virus perosak kepada kehidupan yang penuh peradaban.

Wahai kawanku...
Serahkanlah cintamu pada yang SATU. Tentu kamu juga pernah atau sedang dilamun cinta, namun bukan bermakna boleh berkorban jiwa dan raga. Cintailah Allah swt melebihi segala-galanya kerana cinta yang abadi dan hakiki pasti akan berbalas dengan pelbagai nikmat yang tidak terhitung... InsyaAllah...

semoga kita semua dicucuri Rahmat dari ALLAH SWT dan moda terdetik sesuatu di hati untuk difikirkan bersama..

Wallahu 'Allam


No comments:

Post a Comment