26 May 2011

Peringatan untuk diri sediri...

“Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : “Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu : 1. Sebelum khatam Al Qur’an, 2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir, 3. Sebelum para muslim meredhai kamu, 4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah.. “Bertanya Aisyah : “Ya Rasulullah.. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?” Rasulullah SAW tersenyum dan bersabda : “Jika engkau tidur bacalah : 1. Al-Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur’an. 2. Membacalah Selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. 3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu. 4. Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah Haji dan Umrah”

15 May 2011

Luahan Hati

Berat rasanya untuk menanggung beban tika kala di uji dengan dugaan yang tidak mampu tertanggung oleh diri ini.. Kadang kala diri ini tidak mampu untuk menanggung dugaan seorang diri. Padahal diri ini tahu bahawa Allah tidak pernah meninggalkan diri ini walaupun seketika. Allah sentiasa bersama diri ini. Namun diri ini tetap tidak kuat untuk menghadapainya. Adakah diri ini sudah berputus asa untuk meneruskan perjuangan yang amat berat dirasakan ini? SUBHANALLAH... Hanya Allah yang tahu betapa hati ini resah dan gelisah memikirkan dugaan yang hanya sekelumit jika nak dibandingkan dengan dugaan yang Allah timpakan kepada hambaNYA yang lain...

Firman Allah yang bermaksud: "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" Surah AlBaqarah : Ayat 286

"Ujian yang kita terima bergantung kepada tahap pemikiran dan keupayaan kita. Allah tidak membebankan kita dengan perkara-perkara di luar kemampuan kita jika kita sertai dengan keimanan yang jitu kepadaNya. Iman yang lemah boleh menyebabkan ujian yang ringan pun terasa berat. Keyakinan yang jitu kepada Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang akan terserlahlah kesabaran yang tinggi terhadap segala ujianNya insyaAllah. Ingatlah bahawa seorang mukmin itu tidak terlepas dari ujian dan cubaan, semakin tinggi iman kita maka semakin kuat kita akan diuji. Dan manusia yang paling tinggi dan kuat ujiannya adalah para nabi dan Nabi Muhammad S.a.w adalah yang paling tinggi diuji. Oleh kerana itulah kita sebagai umat Islam dianjurkan agar sentiasa berdoa agar kita menerima ujian setakat yang termampu oleh kita."

ALLAHUAKBAR...TIBA-TIBA DIRI TERASA SEDAR BILA TERINGAT KATA DIATAS YANG SUNGGUH BESAR MAKSUDNYA... SEMOGA DIRI INI TIDAK TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG LEMAH.. SEMOGA ALLAH MEMBERI KEKUATAN KEPADA DIRI UNTUK MENERUSKAN PERJUANGAN YANG BELUM SAMPAI KE PENGHUJUNGNYA INI... SESUNGGUHNYA SETIAP PERJUANGAN ITU MEMERLUKAN PENGORBANAN DAN KESANGGUPAN HATI YANG CEKAL DAN TABAH...

03 May 2011

Bacalah Al-Quran

Assalamualaikum...kali nie saya ingin berkongsi hadis berkenaan kelebihan membaca Al-Quran.

Di dalam hadith bahawa Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah baca Al-Quran kerana ia akan datang pada hari kiamat untuk mensyafaati di atas pihak pembacanya

Di dalam hadith Qudsi bahawa Allah SWT berfirman: Orang yang sibuk membaca Al-Quran dengan mengaji, menghafal dan berfikirkan tentangnya dengan tafsir dan terjemahannya dll, bahawa ia menghalangnya dari berzikir dan berdoa kepadaKU (iaitu ia tidak mempunyai masa untuk berzikir dan berdoa) maka Daku memberinya lebih daripada yang Daku beri kepada orang yang berdoa kepadaKU bagi memenuhi keperluannya (iaitu Daku sempurnakan segala keperluan dan hajatnya). Rasulullah SAW bersabda bahawa ‘kalam Allah’ mempunyai kelebihan di atas segala makhluknya.

Bicara Tentang Cinta

I Love U... I Miss U... Aku Cinta Padamu... Inilah sebahagian daripada ungkapan asmara yang sering dituturkan mereka yang sedang 'mabuk cinta'. CINTA, ia memang mudah diucap, tetapi adakah kita semua jelas dan memahami akan makna disebaliknya? Saya percaya, tentu ramai yang ragu-ragu serta berteka-teki dalam permasalahan untuk membabitkan diri dalam perkara ini.

Cinta sebenarnya adalah 'MAHABBAH' yang bermaksud perasaan kasih sayang yang sukar diterjemahkan. Cinta merupakan satu gelodak rasa dan emosi yang lahir daripada hati nurani yang luhur dan suci. Tidak boleh dipaksa serta dibeli dengan wang ringgit.

Seperti lagu Aris Ariwatan 'Cinta Tak Kenal Siapa' dan lagu nyanyian kumpulan Budak Kaca Mata 'Cinta Tak Perlu Dipaksa'.

Berbalik kepada 'MAHABBAH' tadi, secara khusus ia adalah suatu kecintaan padu yang sepatutnya hanya tertumpu untuk ALLAH SWT. Dalam tasawuf, 'MAHABBAH' bererti patuh kepada ALLAH dan membenci perbuatan yang menyalahi perintahNya.

Tentang cinta-mencintai ini, ALLAH berfirman dalam Al-Quran:-
"... ALLAH akan mendatangkan suatu kaum yang ALLAH cintai mereka dan mereka pun mencintaiNya..." Surah Al-Maidah, ayat 54
" Jika kamu benar-benar mencintai ALLAH, ikutilah Aku, nescaya ALLAH mengasihi dan mengampuni dosamu..." Surah Al-Imran, ayat 31.

Ternyata, walau macamana sekalipun, cinta terhadap ALLAH sepatutnya didahulukan. Ini kerana, apabila kita mengetahui hakikat ketuhanan yang sebenarnya, InsyaAllah kita dapat membezakan yang mana intan dan yang mana kaca. Falsafah ada menyatakan, 'Cintai diri sendiri, sebelum memberi cinta pada org lain'

Tentu anda pernah mendengar nama Rabi'atul Adawiyah, seorang wali wanita yang hidup antara tahun 95 - 185 hijrah. Cinta Rabi'atul padaNya merupakan cinta suci, murni dan sempurna menyebabkan beliau korbankan hidupnya semata-mata untuk beribadat kepada ALLAH SWT.

Saudara dan saudari, apakah definisi cinta pada pandangan anda? Adakah bercumbu-cumbuan dan berpeluk-pelukan di khalayak tandanya cinta? Atau adakah dengan ucapan romantis serta berpegangan tangan akan terasa nikmatnya cinta mahupun sebagai bukti kasih sayang yang kononnya cinta suci???

Jelas suatu pendustaan sekiranya seorang lelaki berkata dia benar-benar mencintai seorang perempuan sedangkan pada masa yang sama mencemarkan maruah, kesucian dan iman temannya. Diakah yang diharapkan menjadi teman melayari bahtera kehidupan untuk sama-sama mendarat di pulau impian?
Lelaki yang benar-benar mencintai pasangannya tidak akan mencemarkan kekasihnya walau sekadar bersentuhan sebagai bukti cinta. AWAS!!! Semua perlakuan itu adalah hasutan nafsu godaan SYAITAN...

Secara jujur, seorg lelaki yang sememangnya jatuh cinta terhadap seorang perempuan yang diminatinya akan menunjukkan sikap, sifat serta penampilan yang meyakinkan insan yang dicintainya. Tetapi, berhati-hatilah kerana sesetengah daripada sikap yang penuh sopan santun itu, kekadang penuh pula dengan kepura-puraan dan hipokrasi.

INGATLAH!!! Cinta yang murni bukanlah cinta sang monyet, cinta yang melompat-lompat dan begitu rapuh... Ia juga bukan seperti cinta antara 'Romeo dan Juliet', mahupun cinta 'Laila dan Majnun'. Tetapi, nikmat cinta itu lahir seperti cintanya Rasulullah dengan Khadijah, Aisyah, serta Saidina Ali dengan Fatimah.

Janganah terlalu terburu-buru merebut cinta murahan yang berkeliaran kerana ia bakal menjadi virus perosak kepada kehidupan yang penuh peradaban.

Wahai kawanku...
Serahkanlah cintamu pada yang SATU. Tentu kamu juga pernah atau sedang dilamun cinta, namun bukan bermakna boleh berkorban jiwa dan raga. Cintailah Allah swt melebihi segala-galanya kerana cinta yang abadi dan hakiki pasti akan berbalas dengan pelbagai nikmat yang tidak terhitung... InsyaAllah...

semoga kita semua dicucuri Rahmat dari ALLAH SWT dan moda terdetik sesuatu di hati untuk difikirkan bersama..

Wallahu 'Allam